Friday, October 9, 2009


Smalam buat Choc Chip Muffin Resipi K Ummi Kuantan cilok dr blog Fiza Nordin. Sebenarnya malas nak tayang sebab rupa Choc Chip Muffin ni x serupa dengan yang orang lain buat. Orang lain buat comel lote ja ... yang saya buat buruk sungguh rupanya...... Walau apapun muffin ni dah selamat sampai ke taska Nabilah untuk majlis jamuan raya mereka hari ini. Ada sapa2 nak bagi petua mcm mana nak membuatkan choc chip muffin ni kelihatan comel lote ya... ?

Resipi boleh amik kat sini ya. Untuk sy punya rujukan sy nak copy paste kat cnie... Bahan:-

* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula kastor
* 1 sk baking powder
* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam
* 1 cawan fresh milk
* 1 biji telor - pukul sikit
* 1/3 cawan minyak
* 1 sk esen vanila
* 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

3 comments:

sunkist said...

dh habis ke kak choc muffin tu? ;)

blogresipi said...

Rupe paras tak penting...janji sodap.ehehe

IMCurtain said...

Salam sejahtera,

Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger bagi mempromosikan blog anda secara PERCUMA di laman web kami. Jom berkenalan dengan blogger-blogger terkemuka dan berkongsi tips dengan mereka.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya.

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!