Thursday, October 8, 2009

Dinner smalam buat laksa kedah variasi assam laksa saja..... tekak sy n hubby terasa nak makan tu jerr... kenapa dinamakan laksa kedah variasi assam laksa kerana saya telah mngubahsuai cara memasak laksa kedah yang diajar oleh mak saya plus cara memasak assam laksa penang yg diperolehi dari internet.... kenapa saya wat macam nihh sbb saya suka sgt assam laksa yang kuat bau dia... kuah laksanya yg merah.. pekat.... setiap kali masuk Jusco kt Mutiara Damansara kat bahagian household dan perabot setiap kali tu la mesti singgah makan dek tak tertahan bau dia....(nie cerita dulu la kan skang tak tau still ada lagi ke stall tu kat situ sebb dah lama x masuk JJ pun)

Apa yang beza dia?

Klu cara mak saya masak laksa kedah semua bahan2 naik skali semua atau kata lain masak sekali semua tp klu assam laksa isi ikan hanya dimasukkan setelah bahan lain mendidih. Cili besar hidup + cili kering digunakan dalam proses buat assam laksa instead of cili kering sahaja dalam laksa kedah. Cuma yang sy tak ikut, sy x letak asam jawa dalam kuah (penah buat dulu letak tp rasanya lebih kurang ja kot letak asam jawa ka asam keping) Ada 2 cara buat assam laksa ni .... tumis atau tidak ditumis dan saya memilih untuk tidak ditumis....

Hasilnya amatla memuaskan hati bagi penggemar2 assam laksa mcm saya la kan. Dah banyak kali la wat mcm ni kan cuma ini kali jerr rasa nak masuk kat cnie..

Ni sal bizz sikit...
aceli smalam nak letak gambo ni kat mudah.com tp rupanya kena banned sebab tidak memenuhi syarat2 yang ditetapkan.... tradisional medication mmg tak dibenarkan.... so untuk mengubat kekecewaan yang tak lah seberapa sgt saya letak la kat sini... Anyone interested boleh la hubungi saya ya.... telah digunakan oleh saya n hubby especially bila ada keluar cairan kat hidung or kerap bersin....

Ubat Resdung Rumusan Tradisi.
Ubat ini adalah persediaan tradisional berkesan untuk:
1. Hidung dan mata selalu berair.
2. Gatal-gatal di muka dan badan
3. Bengkak pulupuk mata dan hidung
4. Cacing rambu
5. Kerap sakit kepala

Keluaran:
Hajah Basah @ Halipah Binti Ariffin, Kg Jelutong,Mukim Tobiar, 06700 Pendang,
Kedah

(Rumusan ajaib turun temurun untuk menghilangkan resdung, tidak mengantuk)

Harga RM15 (tidak termasuk kos pos, penghantaran sekitar Kwsn Perindustrian Kg
Jaya Sg Buloh/Kundang/Kuang/Bkt Rahman Putra dan KLCC area adalah percuma)

Hubungi Fairul (012-6942390)

Price: RM 15

2 comments:

Kamsiah yusoff said...

laksa...ni hantu laksa ni hehe...

Anonymous said...

Aduh... kite pon hantu laksa gak.. kite sanggup hirup kuah laksa tuh dua tiga mangkuk mcm tu jer... betul... nampak pekat je kuahnye tue...