Tuesday, October 13, 2009

Semalam dapat satu panggilan interview dari kulim, kedah.... mmg ada apply pun last friday tp x sangka plak secepat ini panggilannya.... kenapa kedah? sebb mmg ada planning nak balik ke kedah... pikir punya pikir sayang pulak nak tinggalkan daerah rawang/ sg buloh yg dah melekat di hati.....

tp bila pikir plak keadaan kilang yg sgt tidak menentu sekarang nih...cash yang tidak mencukupi untuk menampung kos operasi..... gaji pekerja bulan sembilan belum dibayar... pekerja dah ada yang missing in action.... dan dengar katanya pemilik kilang tengah mencari investor untuk take over kilang ini..... bakal kuredah juga la sesi interview tersebut....agak2nyer ada ker yang berminat nak invest untuk kilang ini ha Echam?...
Dinner merangkap berbuaka puasa smalam makan nih... menu simple2 ajer.... sambal ikan bilis, tenggiri masin goreng, limau sunkist...dan sawi bersama tang hoon @ soo hoon dengan telur...

Monday, October 12, 2009

Recycle Oh Recycle

Sejauh mana berkesannya kempen kitar semula kat Malaysia nih yek?.. Tak tahulah pulak kan sbb sy bukan la penganalisis untuk aktiviti ni...kan... Pada sy kempen nih sebenarnya kena bermula dari rumah masing2.. baru lah akan berjaya..

Mcm sy sendiri (promote diri sendiri kerr he..he..) kempen nih dah tersemat dalam diri sejak dari kelas Environmental Engineering dengan Dr Adilah suatu masa dulu lah kan (Psst..Miju... ni la lecturer favorite miju dulu kan..).. apatah lagi kat Malaysia nih kalau kita jual barang2 terbuang kita akan dapat pulangan nya dalam RM.... lagi la sy bersemangat kan. My freind pernah bgtau... klu kt Jepun nak buang sampah kena bayar (tp sistem pengurusan sampah dan recycle mereka sgt terurus)... sy tak pasti sbb sy sendiri x pernah ke Jepun.

Sebelum berkahwin masa dok tolong abah kat mini market dia... slalu juga lori kutip barang kitar semula datang kedai nak beli kotak, tin, aluminum, plastik dll... so dah jadi biasa dengan aktiviti mengumpul, mengasing dan menyimpan barang2 nih sehingga ada lori datang ambil dan tuan punya lori tu akan membayar harga barang2 yang diambil mengikut timbangan berat didarab dengan harga semasa barang2 tersebut. So in return dapatla sedikit saguhati kan...

Bila dah ada keluarga sendiri pun aktiviti tersebut masih lagi diteruskan sampai sekarang.... salah satu bilik dijadikan store barangan recycle (barang lain pun ada) lantaran family yg kecil. Barang2 seperti botol ubat, botol sabun, tin nestum, botol syampu akan dicuci terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam satu plastik yg besar. kotak akan dilipat dan disusun... kertas2 akan dimasukkan dalam plastik yg berasingan... bila dah agak2 muat satu trip kereta maka barang2 tersebut akan dibawa la ke kedai barang recycle yang mmg banyak di sekitar lembah klang ni untuk dijual. Proses ni selalunya dilakukan 3-4 bulan sekali....

Ada gak yang kata leceh la... x padan la dengan minyak nak p jual .... buat semak rumah la...tapi ikut masing2 la kan... selalunya bila kami jual... x pernah la lagi dapat kurang dari RM 30 dan yang terbaru kami jual dalam keadaan harga barang lusuh yang jatuh kami still boleh dapat RM52... sapa nak bagi kan duit sebanyak tuh. Kena la betul caranya kalau x nak rumah semak...kan...

Skang nih daily sampah yang kluar dari rumah cuma "kitchen wastage" plus "used diapers". And according to the facts that used diapers is the 3rd biggest wastage in the world (The first and the second x ingat) and it may takes years to be degradable. Itu yg tengah bermain di fikiran sy skarang nih. Use cotton diapers?

Tepuk dada tanya selera!

Aiskrim


Lantaran banyak jemputan rumah terbuka, masak kat umah menu yang sempoi2 ajer. Jiran-jiran selorong asyik dok tanya bila plak kami nak buat rumah terbuka.. siap dok tetapkan tarikh dan masa kat kami....siap ada yang sampai dua tiga kali tanya soalan yang sama... kenkadang terfikir juga... apa yang istimewanya rumah kami ni... apapun ....kami diam seribu bahasa ja...sampai masa dan ketikanya.. insyaallah ada la rezki diaorang tuhh...

Gambo kat atas tu...salah satu aktiviti di hujung minggu..projek meng"aiskrim"kan asam ko @ asam boi. Sebahagian lagi dah pun dihantar ke kedai runcit berhampiran...

Friday, October 9, 2009


Smalam buat Choc Chip Muffin Resipi K Ummi Kuantan cilok dr blog Fiza Nordin. Sebenarnya malas nak tayang sebab rupa Choc Chip Muffin ni x serupa dengan yang orang lain buat. Orang lain buat comel lote ja ... yang saya buat buruk sungguh rupanya...... Walau apapun muffin ni dah selamat sampai ke taska Nabilah untuk majlis jamuan raya mereka hari ini. Ada sapa2 nak bagi petua mcm mana nak membuatkan choc chip muffin ni kelihatan comel lote ya... ?

Resipi boleh amik kat sini ya. Untuk sy punya rujukan sy nak copy paste kat cnie... Bahan:-

* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula kastor
* 1 sk baking powder
* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam
* 1 cawan fresh milk
* 1 biji telor - pukul sikit
* 1/3 cawan minyak
* 1 sk esen vanila
* 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Thursday, October 8, 2009

Dinner smalam buat laksa kedah variasi assam laksa saja..... tekak sy n hubby terasa nak makan tu jerr... kenapa dinamakan laksa kedah variasi assam laksa kerana saya telah mngubahsuai cara memasak laksa kedah yang diajar oleh mak saya plus cara memasak assam laksa penang yg diperolehi dari internet.... kenapa saya wat macam nihh sbb saya suka sgt assam laksa yang kuat bau dia... kuah laksanya yg merah.. pekat.... setiap kali masuk Jusco kt Mutiara Damansara kat bahagian household dan perabot setiap kali tu la mesti singgah makan dek tak tertahan bau dia....(nie cerita dulu la kan skang tak tau still ada lagi ke stall tu kat situ sebb dah lama x masuk JJ pun)

Apa yang beza dia?

Klu cara mak saya masak laksa kedah semua bahan2 naik skali semua atau kata lain masak sekali semua tp klu assam laksa isi ikan hanya dimasukkan setelah bahan lain mendidih. Cili besar hidup + cili kering digunakan dalam proses buat assam laksa instead of cili kering sahaja dalam laksa kedah. Cuma yang sy tak ikut, sy x letak asam jawa dalam kuah (penah buat dulu letak tp rasanya lebih kurang ja kot letak asam jawa ka asam keping) Ada 2 cara buat assam laksa ni .... tumis atau tidak ditumis dan saya memilih untuk tidak ditumis....

Hasilnya amatla memuaskan hati bagi penggemar2 assam laksa mcm saya la kan. Dah banyak kali la wat mcm ni kan cuma ini kali jerr rasa nak masuk kat cnie..

Ni sal bizz sikit...
aceli smalam nak letak gambo ni kat mudah.com tp rupanya kena banned sebab tidak memenuhi syarat2 yang ditetapkan.... tradisional medication mmg tak dibenarkan.... so untuk mengubat kekecewaan yang tak lah seberapa sgt saya letak la kat sini... Anyone interested boleh la hubungi saya ya.... telah digunakan oleh saya n hubby especially bila ada keluar cairan kat hidung or kerap bersin....

Ubat Resdung Rumusan Tradisi.
Ubat ini adalah persediaan tradisional berkesan untuk:
1. Hidung dan mata selalu berair.
2. Gatal-gatal di muka dan badan
3. Bengkak pulupuk mata dan hidung
4. Cacing rambu
5. Kerap sakit kepala

Keluaran:
Hajah Basah @ Halipah Binti Ariffin, Kg Jelutong,Mukim Tobiar, 06700 Pendang,
Kedah

(Rumusan ajaib turun temurun untuk menghilangkan resdung, tidak mengantuk)

Harga RM15 (tidak termasuk kos pos, penghantaran sekitar Kwsn Perindustrian Kg
Jaya Sg Buloh/Kundang/Kuang/Bkt Rahman Putra dan KLCC area adalah percuma)

Hubungi Fairul (012-6942390)

Price: RM 15

Wednesday, October 7, 2009

Salam

ari ni saja nak tunjuk salah satu workstation sy. Ini bukan la workstation untuk buat entry kt blog ya. Kat cni diharamkan sama sekali untuk bukak internet ok. Ini la kerja aku dalam minggu lepas sampai migu ni seperti yg diceritakan semalam.... idak la benar klu kata sibuk sangat... cuma sibuk sikit jerr dari selalu... buat bersama orang kuat sy yang hanya kaki dia diinterprem kat gambo tuh... baru stage TO ..ada lagi stage2 berikutnya...dinner smalam buat nie... simple jer... ikan bakar daun kunyit dibakar atas belanga saja yerr... kawan ngan air asam dan sayur tak tau apa nama dia(bukan bayam kangkong atau sawi) goreng ngan sambal belacan campur sikit fishball... cukup la kan..... seimbang...

Tuesday, October 6, 2009

I'm Back hihi...

Salam semua... maaf la yerr semua yang bertandang ke sini x der jamu apa2... si HaSue sampai minta air mineral ja....hi..hi... sebenarnya x ke mana2 pun... ada..... ada jugak jengah blog kengkawan tapi sonyap ajerr..... dah masuk keja sibuk ckit dalam migu lepas dengan aktiviti kat CMM room plus plak aktiviti mengambil gambo dihentikan buat sementara dek kerana kesibukan beraya.... paham2 sendiri la yerr.....

Nak menghidupkan kembali mood untuk aktiviti snap gambo memakan masa hampir seminggu la juga.... ish2...

Gambo raya permintaan Lyana...x dapat la saya loadkan di sini... maaf yerr mungkin di lain masa he..he.. tp dapat sy katakan tema kami tahun nihh mmg la coklat juga... x sangka... ramai juga tahun nih yang memilih tema coklat....

Menu dinner semalam yang sempat dikongsi untuk hari ini.....ikan kembung goreng, sambal ikan, cencaluk yang saya cairkan dan tambah bawang, cabai melaka, tomato dan perahan limau nipis... kawannya.... toge dibasuh bersih plus kangkung celur....n finally kuinin tuang kicap........gaji bulan 9 belum dibayar ya... ini ja la yang disaji.... Seperti yang dijanjikan sebelum raya ari tu yang saya ingin meng"collage"kan gambo untuk entry pada blog.... dan inilah hasilnya... ni sy pakai Photoscape advice dari Miju. Echam soh saya try pakai Photoeditor tapi itu belum sempat saya download lagi... insyaallah next time ok. Gambo2 yang sebelum ni hanya diedit menggunakan ACDSee 7.0 sahaja... no collage ya... Ni pun belum habis explore that Photoscape.....amacam ok x?