Monday, August 31, 2009

Kerepek Bawang dan Kerepek Ubi Lada Hitam

Nak tayang juga business bermusim kami yang dijalankan sejak setahun sebelum berkahwin lagi....Produk Made In Kedah... Kedah Maliiii........... Tp tahun nihh cuma 2 benda ja yang dapat dijual dan amaun yang dijual pun tak banyak mcm yg lepas2...... maklumla... kekurangan modal. Klu x tahun2 lepas ada rempeyek mini dan rempeyek saiz biasa juga....

Blum pek lagi kerepek ubi ni...

Kerepek bawang siap dipek dari pengeluar

Kesian juga pada regular customer yang dok tanya rempeyek.... kata depa rempeyek sedap woo... makan pasti nak lagi..... Insyaallah... kami akan kumpul modal untuk jual juga pada tahun hadapan....

Sebagai pengubat hati... kerepek bawang yang pasti sedap.... makan pasti nak lagi juga.. sama juga kerepek ubi perasa lada hitam...gerenti sedap... sebab based on response customer la kan.... ada customer first time amik tahun lepas ... siap dah booking untuk tahun ni sebelum kami maklumkan kami jual lagi pada tahun ni...

ok la apa-apa pun doakan yang terbaik ya...

Sunday, August 30, 2009

Cerita Anak-anak

Salam Ramadhan buat semua... agak lama x update blog kan .. seminggu mc kerana demam yang kuat tp bukan la H1N1 .. sebab blum lg cecah 39OC . Dah lepas baik demam sakit kepala yang amat sangat pulak menyerang... ingatkan sebab nak kena pakai spec balik tapi rasanya sebab kesan ubat yang kuat kot.. sbb sekarang dah tak pening2 lagi dah sihat seperti sediakala. Dua kali doktor tukar ubat antibiotik dan yang terakhir katanya ubat yang kuat.... hmm tulahh kesannya.. pening dan asyik bau bawang sepanjang masa.... loya dibuatnya.. oops bukan pregnant ya....memang kesan ubat antibiotik tuhh..

Nak cerita sal anak2 ja tuk entry kali nihhMahirah dah masuk 7 bulan ni gambo terbaru.... dah pun tumbuh 2 batang gigi bawah... dok training angkat punggung... nak makan apa yang kita makan... orang makan cucoq udang dia pun nak cucoq udang bagi bubur nasi..... berbunyi la dia n tepis x nak..... hishh baby2 skang nihh... bijak...

Gambo terbaru Nabilah versi pakai tudung ngan x pakai tudung.. melaram bersama baju yg baru dibeli... yang nih memang suka berfesyen... suka bergaya... ha.. baju nih dia la yang pilih. hi.hi...


tgk iklan Wah Can promo cincin kat tv... dia cakap "Mak nak iili..." maksudnya "Mak nak beli... " he..he.. nak beli cincin ..ish..ish...

Thursday, August 13, 2009

Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani)

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... Ustaz Asri Rabbani (Seperti tertulis dalam blog beliau) yang dicopy dari Echam.com

H1N1?

Berita tergempar.... 15 orang pekerja warga Bangladesh kilang kami dikesan mempunyai demam panas sehingga tak boleh bangun... baru tadi HR bawa pi klinik swasta tp klinik tersebut tak mahu menerima kes tersebut dan disuruh rujuk ke Hospital Sungai Buloh... Demam apakah itu? Adakah H1N1?

Ada pekerja yang demam tetapi masih datang bekerja seperti biasa ke kilang.. Harap2 tak ada sesuatu yang buruk berlaku.... Semua datang dariNya. Dia yang berkehendak kan segalanya dan Dia yang mengetahui segalanya......

Wednesday, August 12, 2009

Kubis Masak Air Dengan Telur

Salah satu lauk dinner smalam yg sempoi gila , (gambo agak blurr la..) ... kumasukkan telur setelah semua kobis dan daun sup agak layu dan ku kacau sehingga hancur... sekali tgk mcm kobis masak lemak da... sedap jg... ada rasa ikan bilis...
#Edit#
Setelah lihat feedjit ada yang search resipi maka sy try letakkan resipinya ya...

kubis dipotong
ikan bilis 2 jemput
air
garam
sebiji telur
daun sup
bawang putih untuk menumis

Tumis bawang putih dan masukkan ikan bilis.. masak sehingga garing. Masukkan air...biarkan mendidih... masukkan kubis ...bila kobis dah layu masukkan telur dan dan kacau hingga hancur. Perasakan garam secukupnya dan masukkan daun sup untuk mewangikannya lagi...

Tuesday, August 11, 2009

Ayam Masak Sambal Bermadu

Nak cerita sal madu dulu...
(sekadar berkongsi pengalaman sendiri ...klu ada yang nak amalkan ok aje... tp jangan la ikut perangai saya yg melanggar pantang walau tahu badan sendiri tak sekuat mana)

Banyak khasiatnya madu nihh... saya sendiri pun dah merasai keajaiban khasiat madu nihhh.. Saya mengamalkan mengambil madu semasa berpantang Mahirah (anak no 2). Mmg badan terasa amat sihat berbanding selepas habis saya berpantang Nabilah (anak no 1). Tetapi disamping tu adala juga amik ubat tradisional kampung yang sama masa pantang anak sulung. Mula-mula tu tiap2 hari la amik madu bersama telur ayam kampung dah lama skit tuh amik madu sesudu pagi sesudu malam lagi makin lama ikut mood dan tahap kesihatan la....

Orang cakap seeloknya berpantang laksa selama setahun bagi orang yang baru lepas bersalin.. tetapi diri ini amatla degil dek kerana tak tertahan penangan bauan laksa itu... jadi setiap kali makan laksa maka kenala... sediakan madu.... kalau terasa seram sejuk badan tuhh maka ubat dia adalah madu la... sehari selepas tuhh badan dah kembali seperti sedia kala... kalau telan paracetomol sj sekejap ja badan akan ok tetapi selepas ja 6-7 jam dah seram sejuk balikk....

OK, menu simple untuk bekal lunch ari ni.... sesuai sgt la untuk orang macam saya yang selalu nak masak yang cepat jerr....

Bahan-Bahan
3 senduk cili kering yang dikisar bersama bawang besar ( sy selalu wat stok kat esbok ni)
4 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
gula sedikit ja
garam
Ayam diperap garam dan kunyit dan digoreng separuh masuk

Cara-caranya
1. Tumis bahan cili yang dikisar bersama bawang besar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan madu, diikuti sedikit sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak... siapp...

Ada kelainan dari sambal tumis biasa... sedap juga walau sempoi sgt...

Monday, August 10, 2009

KEK COKLAT KUKUS


Ni pun di buat jualan untuk hari sabtu lepas merangkap jamuan Lorong 24 pada malam harinya....
Resipi dari kawan opis yang telah diolah cara-caranya mengikut pengalaman sendiri sebab masa bujang dulu selalu wat kek nie guna resipi lain.

Bahan-Bahan...
1 cawan coklat serbuk
1 ketul butter (saya guna 2 cawan marjerin)
1 tin susu cair (saya guna 2 cawan air suam sbb x beli susu pun)
2 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan tepung
sedikit esen vanila

Cara-cara (saya masukkan cara yang saya selalu amalkan)
Bahan A
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Setelah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji dan dikacau perlahan-lahan. Masukkan sedikit esen vanila.
Bahan B
1. Serbuk koko dibancuh bersama dengan air suam. kacau sehingga larut
Bahan C
1. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder

Seterusnya
1. Masukkan sesenduk/ 2 senduk bahan B ke dalam A dan dikacau balit2 perlahan lahan
2. Masukkan sesenduk/ 2 senduk bahan C ke dalam A dan dikacau balit2 perlahan lahan
3. Ulangi langkah sehingga bahan B habis. (seeloknya jangan lebih step ini dari 3 kali)
4. Langkah ini mestilah diakhiri dengan memasukkan bahan B ke dlam bekas A.
5. Kukus selama satu jam. Klu dalam bekas lompang tuhh lebih kurang dalam setengah jam)

Apa yang menarik sal resipi nih ialah colournya yang memang coklat kehitaman, dan mmg sedap walau saya tak letak susu.... klu letak lagi la sedap kan... tp mungkin kurang baik dari segi teksturnya....

Apapun semua yang dibuat habis dijual walau ada orang lain letak juga kek coklat nih pada akak yang kami tumpang tu....tambah berbunga-bunga hati ini bila anak akak yang jual tu cakap kek abg fairul( suami saya la tuhh) lagi sedap la pada mak cik yatie punya... Makcik yatie punya tak habis la abang.. ..(dalam hati kesian plak kat si Yatie sbb dia punya x habis)..... Tp bermuhasabah balik sbb apa2 pun kurniaan ilahi rezki Allah yang bagi.....kita sebagai hamba perlu berusaha selagi terdaya...

Sunday, August 9, 2009

APAM BERAS

Resipi amik dari blog AIN (MENMYKITCHEN). Saya cp dari sana yer....

Bahan2


2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Gambo kat atas hanya wat 1/2 adunan untuk jualan pada hari Ahad. Hari sabtu wat 1 adunan untuk jualan (gambo x sempat snap)... dapat la dalam 80 biji... semua habis di jual Alhamdulillah....

Apa yang menarik sal resipi ni...mudah dibuat.. x payah peram tapai nasi dulu guna ragi.. hanya guna mauripan yang mudah didapati di pasaran....

Thursday, August 6, 2009

Paceri Nenas

Salam semua, pagi tadi sempat la masak paceri nenas, jeruk tomato with bawang, goreng ikan tenggiri masin untuk bekal lunch kami dan cempedak goreng untuk breakfast kami. So ari ni tayang gambo paceri nenas yang sy masak la he.. he.. amik gambo dari bekal jer sori tak sempat nak kasi dia pose cantik2...... resipi campak2 ja... tak ikut sukatan mana pun... tp nak share juga la....

Bahan2
(# Bahan untuk tumis)
#3 ulas bawang putih ditumbuk
#3 ulas bawang merah ditumbuk
#1 inci halia ditumbuk
#kulit kayu manis
#1 bunga lawang
#3 pcs bunga cengkih
1 paket rempah daging
1 biji nenas dibelah empat dan dipotong nipis (ada yang suka rebus dulu nenas tu tapi sy tak suka... agar rasa asli nenas tu ada)
1 1/2 sudu makan gula
garam secukup rasa
santan pekat dari 1/2 biji kelapa
kerisik (jika suka... sy letak sebab ada dalam simpanan)
udang kering ditumbuk (sy letak ikan bilis sbb tiada stok)

Cara-cara
1. Tumis bahan tumis.
2. Setelah garing masukkan rempah. (saya suka letak sedikit kepala santan). Masak sehingga pecah minyak
3. Setelah pecah minyak masukkan santan, udang kering, kerisik dan nenas. Perasakan garam dan gula.
4. Masak sehingga pekat yang disukai...

Sebelum berakhir entry untuk hari ni, ni la buah nenas yang tengah dibuang kulit dan belum dibuang bulunya......sebelum dimasak paceri.. he..he..


Jemput makan semua....

Tuesday, August 4, 2009

Air Tebu

Salam semua... maaf agak lama menyepi bukan tak de idea nak letak apa... cuma agak kurang motivasi nak update blog dek kerana ada satu terjahan kat message box yang kurang enak dari Ms/Mr Angel. "Bloghopping" aku tak tau la apa yang orang tuh maksudkan tp apa yang aku paham yang dia mengatakan aku nie hanya mengharapkan blog saja untuk mempromosikan roti jala. sbb comment tu timbul sebaik selepas aku naikkan iklan roti jala kat blog. Based on feedjit si dia tu datang dari blog rakan aku si Echam cuma siapa orangnya aku tak tau la sbb aku bukannya pakar pun nak jejak IP address pc orang ni.....Apa pun yang dimaksudkan oleh si dia tu, aku tak kisah sbb yang penting aku bukan hanya mengharapkan blog untuk jual roti jala tuh... aku dah pun wat untuk jualan kat kawasan perumahan aku di hujung minggu n siap ada order lagi n siap ada yang soh buat juga dalam bulan puasa. May Allah bless me ok. Walaupun benda nie nampak kecik dan x segempak business orang lain... yang penting benda tu adalah hasil air tangan n titik peluh aku sendiri ok!

Tak nak cakap bebanyak pasal terjahan tuh... ni nak cerita pasal air tebu... kalau ada yang terperasan dalam entry yang lepas, ada serumpun pokok tebu di depan rumah aku. Baru-baru nie kami dah tebang tebu tu dalam lapan batang dan inilah hasilnya ok.

Ini belum termasuk yang 10 gelas yang dijual oleh pakcik yang mesinkan tebu ni lagi. Pakcik ni amik upah bersihkan tebu, mesin dan pek sebanyak RM 2 sahaja. Bila dia dah jual 10 gelas air tebu dapat la seorang RM 5 setalah dibahagi dua. RM 5 - RM 2 (kos upah) maka kami dapat lagi balik RM 3. Hmm meriah... patutla orang yang meniaga air tebu tak jual benda lain jual air tebu ja....

Apa pun depan rumah kami masih ada lagi separuh rumpun yang belum ditebang mungkin lain kali.. Air tebu yang tayang kat atas tu dah selamat diberi kepada jiran2 sebelah rumah... he..he.. Komen diorang... hmm manis ... sgt... kena tambah air lagi ... itu la kan hasilnya klu kita berbudi pada tanah....

So sesapa yang ada tanah boleh la tanam tebu banyak2.... masa yang diambil untuk matang lebih kurang setahun... so pepandai la target untuk bulan puasa tahun depan ya