Monday, October 12, 2009

Recycle Oh Recycle

Sejauh mana berkesannya kempen kitar semula kat Malaysia nih yek?.. Tak tahulah pulak kan sbb sy bukan la penganalisis untuk aktiviti ni...kan... Pada sy kempen nih sebenarnya kena bermula dari rumah masing2.. baru lah akan berjaya..

Mcm sy sendiri (promote diri sendiri kerr he..he..) kempen nih dah tersemat dalam diri sejak dari kelas Environmental Engineering dengan Dr Adilah suatu masa dulu lah kan (Psst..Miju... ni la lecturer favorite miju dulu kan..).. apatah lagi kat Malaysia nih kalau kita jual barang2 terbuang kita akan dapat pulangan nya dalam RM.... lagi la sy bersemangat kan. My freind pernah bgtau... klu kt Jepun nak buang sampah kena bayar (tp sistem pengurusan sampah dan recycle mereka sgt terurus)... sy tak pasti sbb sy sendiri x pernah ke Jepun.

Sebelum berkahwin masa dok tolong abah kat mini market dia... slalu juga lori kutip barang kitar semula datang kedai nak beli kotak, tin, aluminum, plastik dll... so dah jadi biasa dengan aktiviti mengumpul, mengasing dan menyimpan barang2 nih sehingga ada lori datang ambil dan tuan punya lori tu akan membayar harga barang2 yang diambil mengikut timbangan berat didarab dengan harga semasa barang2 tersebut. So in return dapatla sedikit saguhati kan...

Bila dah ada keluarga sendiri pun aktiviti tersebut masih lagi diteruskan sampai sekarang.... salah satu bilik dijadikan store barangan recycle (barang lain pun ada) lantaran family yg kecil. Barang2 seperti botol ubat, botol sabun, tin nestum, botol syampu akan dicuci terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam satu plastik yg besar. kotak akan dilipat dan disusun... kertas2 akan dimasukkan dalam plastik yg berasingan... bila dah agak2 muat satu trip kereta maka barang2 tersebut akan dibawa la ke kedai barang recycle yang mmg banyak di sekitar lembah klang ni untuk dijual. Proses ni selalunya dilakukan 3-4 bulan sekali....

Ada gak yang kata leceh la... x padan la dengan minyak nak p jual .... buat semak rumah la...tapi ikut masing2 la kan... selalunya bila kami jual... x pernah la lagi dapat kurang dari RM 30 dan yang terbaru kami jual dalam keadaan harga barang lusuh yang jatuh kami still boleh dapat RM52... sapa nak bagi kan duit sebanyak tuh. Kena la betul caranya kalau x nak rumah semak...kan...

Skang nih daily sampah yang kluar dari rumah cuma "kitchen wastage" plus "used diapers". And according to the facts that used diapers is the 3rd biggest wastage in the world (The first and the second x ingat) and it may takes years to be degradable. Itu yg tengah bermain di fikiran sy skarang nih. Use cotton diapers?

Tepuk dada tanya selera!

5 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Kem,
Pasni kita gunakan kain lampin plak. Konpom takde sampah.

Kamria said...

Aa lain kain yg dimodenkan harga agak kapak la..tuk permulaan..tp for long term mmg menjimatkan... tgh dok pikiaq2 lagi nihh...

Watierman said...

la..akak dulu masa budak2 tu kecik lagi..akak guna lampin kain..when at home...bila gi outing jer baru pakai Pampers Baby Dry...or Huggies!

Kamria said...

Yup K Watie my mum pun mcm gitu dulu... tp zaman skarang jer manja lebih.. plus lak dah terbiasa ...bb sitter mmg nak pampers la kan...

mai said...

guna cd buleh tahan mahal kan, dah anak ramai2 jenuh la membasuh dan menyidai tuh nanti. hehe.. apa kabar la dr adilah sekrg ye?