Thursday, July 23, 2009

Cucur Ikan Bilis

Jangan terkejut semua, ari ni nak wat entry masak2. Wat menda ni hari ahad lepas. Nak update awai lagi tp kena jawab tag dulu. Pastu lak aku dah tak dok depan pc sbb kena turun line jd operator. Operator mogok sbb gaji derang dah 5 bulan tak dibayar..... cian kan... maka kami la plak yang jadi mangsa.... seronok la untuk 2 hari yang pertama... tp penat ok.... tp klu dah banyak2 hari...plzzz....Allah saja yang tahu...

Terus ker entry masak yer .....















Selalunya klu aku wat cucur ni sama ada pakai soda ataupun baking powder or dua2 tak letak.... tp hari tu ada terbaca kat Myresipi (sori x ingat tuan punya resipi)... dia pakai Mauripan.... try la tgkkan.. jadi macam mana.... Lain2 bahan aku ikut citarasa aku lerr ya...

Hasilnya memuaskan ...tidak berminyak, lembut walaupun hingga esok pagi....klu makcik yg meniaga cucur udang goreng pakai senduk tu.. aku rasa inila caranya...kecuali ada sikit rasa pahit..aku rasa next time wat kena kurangkan yis sedikit....

Resipi (Cara aku la):

3 Cawan Tepung gandum
1 1/2 cawan air (klu tak cukup boleh tambah)
1 sudu kecil mauripan (next time aku akan kurangkan ke 1/2 sudu kecil)
1 biji telur
1 biji bawang besar
segenggam ikan bilis
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukup rasa
daun kucai dipotong
cili padi diracik
serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara.
1. Blendkan telur, air dan bawang besar dan ikan bilis.
2. Ratakan yis dan serbuk kunyit bersama tepung
3. Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam tepung dan gaulkan sehingga sebati.
4. Perasakan dengan garam dan gula
5. Akhir sekali masukkan cili padi, kucai, ikan bilis.
6. Perap selama 30 minit sebelum digoreng....

Klu minat boleh la dicuba ya....

Saturday, July 18, 2009

Jawab Tag daaa....

Ini kali kedua seingat aku dapat tag nie.. Yang pertama dulu aku tak jawab pun he.. he.. sori la yerkk miju... masa tuhh piki apa ntahhh.... tapi untuk kali nihhh aku mmg bersemangat nak jawab... Si Echam nie... semangat... siap pesan lagi sebelum balik opis ari khamis ari tuhh so aku wat tag... he.. he.. Ok layan saja.....

1. Bekas kekasih saya adalah :
> Kawan kawan saja .. mana ada kekasih...


2. Saya sedang mendengar :
> Joe and Echam borak2 sal Problem kat PROTON. Aku malas layan selagi belum habis ini kerja... ngeh...ngeh


3. Mungkin saya patut :
> Tambah sikit pendapatan yang ada untuk menampung perbelanjaan isi rumah sekarang dan masa akan datang sebab pendapatan yang ada sudah paras hidung.

4. Saya suka :
> Makan dan masak bagi hubby test sbb dia pengkritik terhebat saya.. hihiii....


5. Sahabat-sahabat baik saya :
> Semua yang sudi berkawan seadaya dengan saya bukan kerana wang ringgit atau glamour

6. Saya tak faham :
> Member pompuan kat opis (bukan semua) berkawan pilih kawan atau lebih tepat pilih geng...

7. Saya kehilangan :
> Masa tidur yang banyak bila dah berkahwin... sebab masa bujang hobi adalah tidur... keh..keh..

8. Ramai yang kata :
> La dah 30 puluh ingatkan 25 ka 26... he he.. prasan sekejap...

9. Makna nama saya :
> Cahaya Bulan

10. Cinta itu adalah :
> Sesuatu yang indah dan tak boleh digambarkan dengan kata2 tetapi adakalanya macam selumbar yang menusuk kulit... ish mcm mana tuhh...

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
> panjat pintu, nak repair wayering dalam opis. Bos dah banyak kali berbunyi dah beb sal wayering... he.. he...

12. Saya akan cuba :
> Menjadi isteri yang terbaik untuk suami, menjadi ibu yang terbaik untuk anak2, menjadi anak yang sentiasa menyenangkan hati ibu bapa dan mertua, kakak yang selalu mengambil berat hal adik beradik dan tidak menyusahkan orang lain.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
>
SELAMANYA lah... sehingga akhir hayat la kot...

14. Telefon bimbit saya :
> Henpon murah NOKIA tak tau model apa tp check kt blakang dia tulis 1200.... betul la tu kot

15. Bila saya terjaga dari tidur :
> Anak nangis minta susu malam2. Tp klu bangun dah pagi tu trus ja ligat wat itu dan ini sebelum nak bertolak ke office. Semua ibu2 mcm ni waktu pagi kan....

16. Saya paling meluat bila :
> 1. Kawan pilih kawan.

2. Orang yang tak tau hukum antara bukan muhrim dan muhrim.... seperti yang terjadi dalam rancangan realiti hiburan sekarang nihh... meluat dan sedih pun ada sbb yang buat adalah orang yg seagama....


17. Pesta/Parti adalah :
> Acara makan-makan kat umah jiran, kengkawan... boleh gantung periuk beb...

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
> Kucing kat umah family saya yang kami semua panggil BU, sebb bila tengok cara dia jaga anak2 dia mmg sungguh comey... ibu mana x sayangkan anak.... klu nak ikut dulu tak suka kucing tp bila dah kenai ngan BU ni... perasaan suka n sayang pada kucing tuhh mula timbul.... hakikatnya kucing juga ada perasaan seperti kita .... sbb tuhh skang nih x boleh tgk kucing yang lapar apatah lg ada anak berkeliar merata cari perlindungan...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
> 28 onwards sbb masa nihh dah ada anak yang pertama. Hidup saya lebih fokus... saya tahu apa yang perlu saya perjuangkan dalam kehidupan. Agar anak2 (skang dah dua) bahagia di dunia dan di akhirat. Apa2 pun yang sy nak wat.... keluarga didahulukan...

20. Hari ini :
> 20/7/09 - Israk Mikraj. Kilang tak cuti replace ke minggu raya puasa... apa2 jer la...

21. Malam ini saya akan :
> Lipat kain yang belum dilipat kot je la... klu nak tido... tido aja...

22. Esok saya akan :
> Bawa Mahirah ke Klinik cucuk... harap dia tak demam lagi

23. Saya betul-betul inginkan :
> Ada business sendiri di rumah, so tak payah kol 730pg dah kuar umah pegi keja n kita tahu anak2 ada dan selamat dalam jagaan kita. Tp buat masa skang mmg keadaan belum mengizinkan.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
> Rasanya tak sempat tengok cermin pun... tempek2 bedak baby johson, sarong tudung ja ok dah(tudung ala2 ekin tu kan senang ha)...

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
> Kedai-kedai runcit dan pakcik jual ikan tepi jalan... klu bukan kita yang nak support perniagaan orang kita... siapa lagi kan...

26. Makanan barat atau Jepun :
> Barat...Pizza Hut, Mc Donald tuh asal sana kan... tp Makanan melayu juga bertahta di hati..

27. Bilik yang terang atau gelap :
> Dua2 pun boleh ikut occasion la..tp klu bab tido x kisah pun... bantai jer...

28. Makanan Segera adalah :
> Makanan yg aku x payah masak... contohnya Mc Donald, Pizza Hut, Secret Recipi, termasuk juga dalam senarai Roti Canai kedai Mamak, Donut and karipap K kiah, Nasik Lemak K Timah, Nasi Goreng Embak Kantin, Satay Pasar Malam...

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
> Aku tak kisah pun

30. Siapa yang anda mahu TAG?

> Sy tak leh la nak buat senarai panjang macam si Echam tu kan... so sesapa yang sudi menjawab sila la jawab... tp jangan la lupa tinggaikan komen anda di sini so sy leh la juga berkenalan dengan anda.. ye tak.. klu ada yang sudi... he..he...




Thursday, July 16, 2009

My MIL

My MIL now is in HBAS again! 3 weeks before she has been admitted for Batu Karang Surgery and we were going back hometown at that times. And this weekend again we are going back to Kedah. This time my MIL is having 'Kayap' inside the ear based on scanning report by one klinik pakar there.. actually the pain inside the ear start before my MIL admitted to the ward for surgery. It become worse after 1 week of the surgery where by my MIL can not eat and this make my MIL were not able to move and only can move eyes. Doctor at government clinic there just added in water for energy. By the weekend of last week, she become stable and able to move easily without any help from the other. However, yesterday my SIL inform that the previous symptom come again. and this time, the doctor advice to go to the hospital.

Previously, my mother has visit my MIL and suspected that my MIL disease is Chikugunya. She actually compares what has happen to my MIL and the other cases of her friends. Maklumla Chikugunya case kt kedah kan banyak. But, my MIL and family refuse to admit it. Maybe because dokto pakar yang cakap kayap. Apa2 pun kan klu Chikugunya, the same symptom will repeat for the following 6 months. And ubatnya hanya tambah air saja untuk kurangkan panas dalam badan serta ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit2 pada sendi2.

On my site, I just waiting and waiting.... what ever the disease it is, I hope my MIL will get well soon. and we are going back again to Kedah on Friday night.

Monday, July 13, 2009

Kelas Coklat

Disebabkan angin "Coklat" bertiup kencang dalam dunia blog nie, maka saya pun amik kesempatan di hujung minggu yang x la senang sangat (sbb sabtu turn sy duty kt kilang) untuk menambahkan sedikit ilmu di dada mengenai pembuatan chocolate homemade. Cikgunya datang dari jauh nun di seremban sana ke rumah kecil saya di Kundang. Blog dia leh amik kat sisi sbelah kanan ya... Rupanya x lah payah nak wat chocolate ni cumanya kena banyak bersabar la skit klu kita menggunakan chocolate jenis couveture sebab nak kena 'temper' dulu sebelum di mould kan. Jangan kita temper dah la he.. he... Layan je la pic nih....



Ni la rupa cikgunya... murah senyuman he he...














Loose couverture chocolate







Compound Chocolate















Peanut Praline





































Perlu banyak practice lagi n perlu banyak lagi soal jawab ngan cikgu su nie... almaklumla klu dlm kelas rasa dah ok tp lepas tuh lupa he he..he.. . Thank you sue. TQ juga kat hubby sebb jaga Mahirah!

Friday, July 10, 2009

Penggambaran Telemovie "Surat Untukmu" di Kilang

Assalamaualaikum semua,

Jangan tak percaya, dah dua hari krew penggambaran telemovie "Surat Untukmu" berkampung di kilang aku. Katanya untuk tayangan di TV2 sebulan dari sekarang. Antara artis yang aku nampak Khai, Liz (AF), Kozen (Betul ker... nie), emm tu ja la... smalam aku keluar so tak sempat la nak snap pic. Ari nie aku sempat la snap beberapa pic... Layan jala yer...


Khemah krew penggambaran, artis dok dalam ofis bilik aircon
Khai dengan senyumannya yang boleh tahan manis! He..he..



Krew sedang sibuk menyusun atur bilik office














Yang ni aku x tau nama... tp muka familiar kan......




















Liz AF dan aku.... kecik ja orang nya tp tengok dalam cerita "Anak Betong" di TV9 tu mcm chubby n berisi sikit! Ngeh ngeh ngeh

Thursday, July 9, 2009

Small Gathering Ex-SMSTSP96


Pada 4/7/09 sempat la berkunjung ke rumah my frenzz Sham, tujuannya nak lawat baby barunya. Kira mcm small gathering la juga... Credit to Masrul sbb dia la tok dalang bagi aktiviti nie.. thanks juga kat Sham sbb sediakan mee udang... sedap!! Walaupun baru ja habiss pantang ligat ja kat dapur wat semua tu...thanks juga kat Che Mie sebb dia yang ajak sy join. Mulanya plan nak bw Pulut SeriMuka tp tak sempat nak sejuk untuk dipotong. Elok2 masak kat atas dapur dah nak bertolak... Silap aku juga...sebenarnya aku nak merasmi loyang baru yang aku beli pada tarikh yang sama tengah hari tu... aku ingat sempat la nak bawa kat umah syam ...tp Mahirah plak meragam lak x mo tido itu yang delayy skit tuhh.. maka asar masih dok kukus lagi... apa nak wat.... tak dak juga rezki korang yerr. Layan mee Syam jer la yerr......

Sunday, July 5, 2009

Kedai Kain Online

Pada yang nak beli kain pasang untuk baju raya silalah masuk ke blog di bawah ni
http://kedaikainonline.blogspot.com/

Gerenti latest trend ! Harga berpatutan ok ! Nak tau lanjut click kat situ yerr....