Tuesday, September 1, 2009

Nasi Kerabu Utara @ Nasi Ulam

Cuba tengok gambo nihh ...apa la gamak nya yang sy wat... oopss ada lagi yang sy tak sempat snap... nasi putih yang disejukkan... kerisik....lada hitam ditumbuk halus, halia n lengkuas pun x sempat letak....menu yang cukup simple tapi bak kata orang utara renyah la nak buat dia......rasanya sesapa yang asal dari utara dah biasa ngan menu nihh (he he.. sememeh ja buat kerja.... teruk betul mak dara nie.... hihi..)


Dan inila hasilnya ... Nasi Kerabu Utara @ Nasi Ulam yang telah dimodenkan sbb tok saya kalau dia wat nie tak der la dia letak telur goreng tuhh ... tapi sy snap dari pinggan saya jer la.. x sempat la nak pose... Menu berbuka kami pada hari Ahad 9 Ramadhan


Tp klu kawan2 yang tak makan pedas.... sy advice untuk kurangkan amaun cabai melaka (cili padi) tuhh.. Kawan dia yang beshh adalah.. asam pedas keladi...tp sy tak de la wat... satu... sebab x jumpa keladi... keduanya ada lebihan kuah laksam yang dibuat pada Sabtu 8 Ramadhan.. tuhh.. gambo? X sempat snap la... klu dah last minute punya kerja... apa pun x sempat... alasan orang yang tak cekap kat dapur....hi hii..

#Update#
Disebabkan sy tgk ada yang search untuk resipi Nasi Kerabu Utara pada feedjit saya, sy cuba merajinkan diri untuk meletakkan resipinya kat sini

1. 2 cawan beras dimasak menjadi nasi. Sy Nasihatkan agar nasi yang dimasak "seroi" kata orang utara atau sebiji-sebiji butirnya... agar nasi kerabu yang dihasilkan lebih sedap. Nasi perlu disejukkan terlebih dahulu. Seeloknnya keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk "relaikan" kata orang utara atau jadikan ia macam kita nak masak nasi goreng tuhh.....

2. Dapatkan ulam-ulaman kampung secukupnya (Saya pakai daun selom, kacang panjang dan pucuk janggus sahaja) Antara daun yang boleh dipakai pegaga, ulam raja, pucuk putat, daun kesum...dll la... Ulam-ulam ini perlulah dihiris sehalus yang mungkin seperti dalam gambar mungkin lebih halus dari itu... Sebiji bawang besar dihiris halus juga sbgai ulam. Sy juga menghiris halus cabai besar supaya mendapat color yg menarik. Sy jg mendadar telur dan menghiris halus. (Tok sy x letak cabai dan telur ini).

3. Rencahnya:
2 sudu teh lada hitam
4 btg serai
halia sebesar ibu jari
lengkuas setengah ibu jari...
sepotong ikan tenggiri masin digoreng (sy pakai 2 dalam gambo agak terlebih la)
sebiji cili padi (jika nak lebih pedas)
6 ulas bawang merah
Bahan2 di atas ditumbuk halus@ diblend...

4. Gaulkan bahan dalam langkah 1, langkah 2 dan langkah 3 sehinggasebati. Masukkan kerisik (nak lebih sedap yang digoreng sendiri), perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaul balik hingga sebati. Siap untuk dihidangkan.....

No comments: