Sunday, September 6, 2009

Kuih Siput

Projek menyiput di hujung minggu...... resipi campak2... tgk mak sy wat mcm gitu... x pernah ada sukatan kecuali kuih2 tertentu tp sedap jg.... apa yg sy letak?... marjerin skit, (serai, cili kering, bawang besar, udang kering diblend bersama), rempah biji @ ketumbar dikisar halus, tepung gandum dan air.

##Updated## Based on feedjit ada yg cari resipi nih
Petua untuk mendapatkan kuih siput yg elok bancuhan janganlah terlalu lembik kerana bancuhan yg terlalu lembik akan menyukarkan anda untuk menyiput serta siput yang dihasilkan bercantum antara satu sama lain setelah dibirkan lama serta bancuhan seakan2 mengembang setelah dibiarkan lama. biarkan bancuhan tepung sedikit kenyal. Bolehlah digoreng sample terlebih dahulu sebelum menyiput sehingga habis.

Resipi ingat2 lupa sy ya...

2 1/2kg tepung gandum
1 cawan marjerin,
*2 biji bawang besar,
*ketumbar secukup rasa
*udang kering secukup rasa,
*serai 5 batang,
*12 biji cabai kering,
*dikisar bersama air (Sy pakai kuantiti air ini sahaja dari balang blender jenama Phillip untuk 2 1/2kg tepung gandum)
garam

Cara2:
Tepung dan marjerin diramas bersama sehingga menjadi seperti serbuk roti.
masukkan bahan yang dikisar dan garam. Uli terlebih dahulu jika terlebih air masukkan tepung gandum, jika terkurang masukkan air. Ikut petua di atas untuk mendapatkan kerangupan yg dikehendaki.

No comments: