Tuesday, August 4, 2009

Air Tebu

Salam semua... maaf agak lama menyepi bukan tak de idea nak letak apa... cuma agak kurang motivasi nak update blog dek kerana ada satu terjahan kat message box yang kurang enak dari Ms/Mr Angel. "Bloghopping" aku tak tau la apa yang orang tuh maksudkan tp apa yang aku paham yang dia mengatakan aku nie hanya mengharapkan blog saja untuk mempromosikan roti jala. sbb comment tu timbul sebaik selepas aku naikkan iklan roti jala kat blog. Based on feedjit si dia tu datang dari blog rakan aku si Echam cuma siapa orangnya aku tak tau la sbb aku bukannya pakar pun nak jejak IP address pc orang ni.....Apa pun yang dimaksudkan oleh si dia tu, aku tak kisah sbb yang penting aku bukan hanya mengharapkan blog untuk jual roti jala tuh... aku dah pun wat untuk jualan kat kawasan perumahan aku di hujung minggu n siap ada order lagi n siap ada yang soh buat juga dalam bulan puasa. May Allah bless me ok. Walaupun benda nie nampak kecik dan x segempak business orang lain... yang penting benda tu adalah hasil air tangan n titik peluh aku sendiri ok!

Tak nak cakap bebanyak pasal terjahan tuh... ni nak cerita pasal air tebu... kalau ada yang terperasan dalam entry yang lepas, ada serumpun pokok tebu di depan rumah aku. Baru-baru nie kami dah tebang tebu tu dalam lapan batang dan inilah hasilnya ok.

Ini belum termasuk yang 10 gelas yang dijual oleh pakcik yang mesinkan tebu ni lagi. Pakcik ni amik upah bersihkan tebu, mesin dan pek sebanyak RM 2 sahaja. Bila dia dah jual 10 gelas air tebu dapat la seorang RM 5 setalah dibahagi dua. RM 5 - RM 2 (kos upah) maka kami dapat lagi balik RM 3. Hmm meriah... patutla orang yang meniaga air tebu tak jual benda lain jual air tebu ja....

Apa pun depan rumah kami masih ada lagi separuh rumpun yang belum ditebang mungkin lain kali.. Air tebu yang tayang kat atas tu dah selamat diberi kepada jiran2 sebelah rumah... he..he.. Komen diorang... hmm manis ... sgt... kena tambah air lagi ... itu la kan hasilnya klu kita berbudi pada tanah....

So sesapa yang ada tanah boleh la tanam tebu banyak2.... masa yang diambil untuk matang lebih kurang setahun... so pepandai la target untuk bulan puasa tahun depan ya

3 comments:

Webmaster@Echam said...

Alah Kem...

Wat derk je. Pedulik apa BLOGHOPING pun. Janji bisness jalan. Yang penting masyukkkk.. Blog ni salah satu dari cabang untuk buat duit. So sapa bijak dia kedepan. Sapa yang jenis mangkuk dok lah diam2 setempat. Anggap je komen2 atau coretan2 otak sembab tu sebagai satu semangat untuk terus kedepan dan majukan bisness supaya lebih mantap.... Nanti nak buat open house aku tempah roti jala.... hehhehe

Kamria said...

Thanks Webmaster... mmg kena wat mcm gitula kan...

blogresipi said...

Air tebu..!!! cam bulan pose jer... kalo bukak pose nak air tebu gelas besor! hhehe