Wednesday, April 22, 2009

Muhd Dhuha....

Salam semua, dah lama benar rasanya tak hapdet blog nie... bukan apa bila dah virus M menyerang... apa lagi nak dikata.... kena la cari ubatnya..... Sebenarnya sepanjang penyepian tu sebenarnya ada benda nak update tp apa nak kata bila M menyerang mmg la amat susah mencari ubatnya he he....

Tertarik nak comment sal cerita Muhd Dhuha ni bila tengok crita ni smalam kt astro oasis ...Ini dah kali ketiga tengok sebab tu terlebih menghayati kot.....

SINOPSIS Cerita : Kisah seorang budak yang tempang, Muhd Dhuha yang lahir dari sebuah keluarga miskin di sebuah kampung. Bapanya memberi nama Muhd Dhuha dengan harapan agar Muhd Dhuha tidak akan meninggalkan sembahyang Dhuha sepanjang hidupnya. Muhd Dhuha telah diajar oleh bapanya untuk mementingkan ilmu akhirat... membaca al-Quran, solat, berwuduk, dan paling utama sembahyang Dhuha. Dhuha memiliki sikap yang sgt terpuji tetapi tidak ramai kawan yang ingin berkawan dengannya kerana dia cacat dan miskin. Walaubagaimanapun, akibat dari sikapnya yang selalu meninggalkan kelas Matematik dan tidak pandai matapelajaran akademik yang lain telah mengakibatkan dirinya selalu dicerca oleh guru dan kawan2 kawan yang lain termasuklah oleh ustaz yang dikagumi oleh Dhuha sebab tidak meninggalkan sembahyang Dhuha. Tapi bila rahsianya diketahui oleh ustaznya yang selama ni Dhuha lah yang selalu menjadi makmum rahsianya. Ustaz ini akhirnya mula menghormati dan menghargai Muhd Dhuha. Rupanya Dhuha menghilangkan diri dari kelas akademik disebabkan ingin menunaikan sembahyang Dhuha di surau sekolahnya.

Kagum sgt dengan Muhd Dhuha nie...wujud ka manusia sebaik hati adik nie di dunia nie skarang.... ? Sentiasa berprasangka baik dengan orang walau orang buruk sangka dengan dia. Tak kisah sangat dengan kemiskinan dan x kisah sgt dengan kecacatan yang ada pada dia ... X kisah walau dirinya dicerca kerana x pandai ilmu akademik...tetap si Dhuha ni menjalani hidup seperti biasa

Tengokla mcm mana si Dhuha ni walau hanya bawa bekal pisang rebus ke sekolah... dia tak segan untuk berkongsi dengan kawan lain sedangkan orang lain makan nasi berlaukkan ayam goreng tapi sedikit pun tidak menghiraukan orang lain yang berada kat situ yang hanya minum air teh o sahaja.... betapa ada di antara kita yang tidak perasan keadaan sebegitu...betapa kita tidak memahami tentang adab kita sesama manusia. Ye la walau ia berlaku di kalangan kanak-kanak dalam cerita tersebut....ia juga kadangkala berlaku di kalangan kita orang dewasa kan...!!

Cuba kita lihat bagaimana reaksi ustaz tuhh bila budak Dhuha ni nak salam ngan dia nak tak ndak jerr pada mulanya... sebab ingatkan si Dhuha ni budak miskin pembawa masalah... tp si Dhuha nie masih tetap meneruskan usaha untuk mendekati ustaz tuh... Ustaz ni akhirnya berubah sikap ke arah lebih menghormati dan sanggup nerkorban apa saja bila ustaz mendapat tahu yang si Dhuha nilah rupanya yang selalu menjadi makmum rahsianya semasa sembahyang dhuha setiap hari.


Betapa kita boleh lihat, kita skarang ni lebih mementingkan duniawi bila budak yang tak masuk kelas matematik dan tak pandai matematik dipandang enteng oleh orang lain. Tp bila orang tu tak tau sembahyang, amik air sembahyang tak pulak dipandang sebegitu kan.....

Apapun saya bukanlah orang yang sebaik Muhd Dhuha tuh... cuma crita tu akan saya jadikan iktibar yang amat berharga buat diri sendiri..... HIDUP MESTI DITERUSKAN WALAU APA PUN YANG TERJADI

Wallahua'lam

2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Manusia ni kadang-kadang dia lupa. Lupa untuk kembali kepada asal dan yang lebih parah lagi kadang-kadang dia lupa yang dia tu manusia yang ada akal.

Kamria said...

Renung-renungkan... he he