Tuesday, April 28, 2009

Good Luck!!

Entry kali ni adalah sebagai sokongan kepada my sis, Nurul yang membuka sebuah kedai menjual textile di Pekan Tanah Merah, Pendang, Kedah (ala...kat area kedai baru tuhh..)

Kedai dibuka pada 3hb April baru2 nie... (Ada sedikit majlis doa selamat dan jamuan ringan pada semua customer... yang of course aku mmg la x join sbb dok jauh...sedih2x) Ada menjual pelbagai jenis kain pasang, tudung, dan baju2 ready made. Kedai diberi nama GB Textiles Sdn Bhd. Sebut sal GB... ada yang tanya GB tuhh apa... Guru Besar ka... sbb my mum bekas Guru Besar he...he.. mmm....Gedung Baju ka... tapi sebenarnya GB tu sebenarnya "Girang Bakti" mengambil nama Mini Market yang dimiliki oleh abah kat Kg Rambai, " GIRANG BAKTI ENT". Tp klu tanya tuan punya kedai dengan tersengih2 dia jawab "GADIS BERANI" he...he.. apa pun maksud GB tuh tak penting kan... yg penting tercapai juga impian abah nak tgk kedai kat TAnah MErah beroperasi n tercapai jugak hajat nurul nak buka business sendiri kan... walau pelbagai rintangan datang menongkah kan...





So masa balik kg seminggu lepas tuh sempat la amik video kat kedai tuhh. Jom layan.......

Klu untuk permulaan kira ok la stok barang tuhh.. Jgn risau banyak lagi stok yang akan masuk termasuk la kain2 yang terlatest design nya...


Untuk itu, kepada orang2 Kedah...pakat mai ramai2 kat sini support my sis he.. he..klu orang negeri lain pun kebetulan turun kedah singah la mai... Harga gerenti berpatutan. Kata Nurul...Orang Pahang mai sini pun borong sakan sbb harga yang berbaloi... mmg tak rugilah!!!

Friday, April 24, 2009

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri


Aku pilih tajuk nie bukan apa sebab hari nihh aku amik AL, sbb nak bw anak2 ke klinik untk check up. Abah dia pun skali amik AL. Bukan aku x leh nak handle sensorang tp abah dia cakap kesian... takut plak mak dia x leh nak handle sbb MAHIRAH kena cucuk ... nanti nangis tak berenti tak dak plak orang pujuk... kang payah plak nak bw kreta kang... katanya la... apa pun aku appreciate sgt la kan bila hubby ckp mcm tuhh..

So ini la chancenya nak jenjalan... plannya nak bw anak2 sekali tp disebabkan urusan-urusan di lokasi-lokasi yg memerlukan kitaorang untuk bayar parking jika bawa kreta.... maka kena la tukar plan... mak n abahnyer jer la yang jenjalan dua orang.... naik moto... hehe...

dah lama x naik moto masuk KL nie... ingat2 last masa sebelum ada anak lg ... terasa la juga gayatnyer bila terpaksa lalu meredah kesesakan lalu lintas mencelah2 antara kereta. Hubby biasa jer la... sbb mmg jalan dia ari2... So masa ni la boleh tgk skit Bangunan-bangunan yang ada kat KL nie tanpa sempadan (sebab klu naik kreta mungkin pandangan kita di halang oleh bingkai cermin... mmm... betul ker??)


Bila tengok bangunan2 nie .... aku teringat kisah yang terjadi kat aku sendiri masa aku darjah 4. (Brapa tahun ke blakang dah tu yerr?) Masa tuh cikgu suruh wat karangan. Pilih antara dua. Saya suka melancong kat Luar Negeri atau Dalam Negeri. Tapi point2 karangan tuh ada la cikgu bagi skit untuk karangan "Saya suka melancong kat Luar Negeri". Tapi masa tuhh aku wat tajuk Saya suka Melancong Dalam Negeri. Salah satu point yang aku masukkan adalah saya suka melancong dalam negeri sebab ada menara pencakar langit. Then cikgu aku cakap la... awak salah nie... mana ada bangunan pencakar langit kat Malaysia (mmg betul la ckp cikgu aku...masa tu mmg x dak..... yg ada bangunan biasa ja ... seingat kiraan aku tahun 1989)... aku sedih masa tuhh bila cikgu aku ckap mcm tuhh n aku dok tertanya2 sendiri kuno sgt ka negara aku nihh sebab x derr pencakar langit mcm negara luar.... hi hi...


Tapi skang nihh ternyata keadaan dah berubah... kata orang x mcm dulu lagi... Ni gambo yang hubby snap.... satu je la... lenlain x der plak la snap...
KLCC salah satu bangunan pencakar langit di Malaysia. Aku x mo ckp sal pro n cont adanya bangunan pencakar langit. Tapi sebagai rakyat malaysia aku turut berbangga bila apa yang suatu masa dulu tak wujud di Malaysia tp skang dah wujud!

Buah Hati Pengarang Jantung

Mungkin ramai yang tak tau lagi, aku skang dah ada dua anak...... jom layan gambaq depa....




Ni no 2... Nur Fatin MAHIRAH.... lahir 20/1/2009. kira skang dah masuk 3 bulan la.... ada yang kata yang ni ikut muka mak ada plak yang kata ikut muka bapak... tp abah dia pggl "anak jepun" sebab mata dia sikit sepet.. he..he.. Klu nak compare ngan kakak dia... yg ni memang x kuat sangat meragam dia... mmg mak n abah dia boleh tido lena la memalam... minum susu ibu + susu tepung (ni baru jer start sbb susu dah mula kurang ....walau dah minum air longan kering untuk banyakkan susu plus mungkin juga sbb mak dia dah kurang skit semangat nak BF... ishh...ishh x leh jadik nihh...boleh ker mcm tuh...?)




Ni plak gambo kakak nya, Nurfatin NABILAH yang baru lepas nangis suruh abahnya amik gambo. Umur baru 2 thn 3 bln la... Kuat melaram woo... pandai minta lipstik, bedak compact.. minyak wangi ... baju pilih sendiri...yang lawa2 saja... x lawa x mo pakai... ishhh.....lahir 19/1/2007. Itu pasal ramai yang ckp... boleh la wat besday skali 2 orang...bla..bla... pandai hampa planning ..bla..bla... yg penting. Semua tuhh kerja Allah swt. he he...


Cuba hampa semua tgk, ada ka iras dua beradik nihh..? Gambo nihh diambil kat umah atuknya semasa masih berpantang yang no 2 di kedah.

Apa pun aku dah makin seronok skang nih. Walau hidup tuhh semakin hari di rasakan semakin sibuk dan tak menang tangan nak handle semua... aku dapat rasakan yang hari2 yang dilalui sungguh bermakna bila adanya 2 buah hati nih.









Wednesday, April 22, 2009

Muhd Dhuha....

Salam semua, dah lama benar rasanya tak hapdet blog nie... bukan apa bila dah virus M menyerang... apa lagi nak dikata.... kena la cari ubatnya..... Sebenarnya sepanjang penyepian tu sebenarnya ada benda nak update tp apa nak kata bila M menyerang mmg la amat susah mencari ubatnya he he....

Tertarik nak comment sal cerita Muhd Dhuha ni bila tengok crita ni smalam kt astro oasis ...Ini dah kali ketiga tengok sebab tu terlebih menghayati kot.....

SINOPSIS Cerita : Kisah seorang budak yang tempang, Muhd Dhuha yang lahir dari sebuah keluarga miskin di sebuah kampung. Bapanya memberi nama Muhd Dhuha dengan harapan agar Muhd Dhuha tidak akan meninggalkan sembahyang Dhuha sepanjang hidupnya. Muhd Dhuha telah diajar oleh bapanya untuk mementingkan ilmu akhirat... membaca al-Quran, solat, berwuduk, dan paling utama sembahyang Dhuha. Dhuha memiliki sikap yang sgt terpuji tetapi tidak ramai kawan yang ingin berkawan dengannya kerana dia cacat dan miskin. Walaubagaimanapun, akibat dari sikapnya yang selalu meninggalkan kelas Matematik dan tidak pandai matapelajaran akademik yang lain telah mengakibatkan dirinya selalu dicerca oleh guru dan kawan2 kawan yang lain termasuklah oleh ustaz yang dikagumi oleh Dhuha sebab tidak meninggalkan sembahyang Dhuha. Tapi bila rahsianya diketahui oleh ustaznya yang selama ni Dhuha lah yang selalu menjadi makmum rahsianya. Ustaz ini akhirnya mula menghormati dan menghargai Muhd Dhuha. Rupanya Dhuha menghilangkan diri dari kelas akademik disebabkan ingin menunaikan sembahyang Dhuha di surau sekolahnya.

Kagum sgt dengan Muhd Dhuha nie...wujud ka manusia sebaik hati adik nie di dunia nie skarang.... ? Sentiasa berprasangka baik dengan orang walau orang buruk sangka dengan dia. Tak kisah sangat dengan kemiskinan dan x kisah sgt dengan kecacatan yang ada pada dia ... X kisah walau dirinya dicerca kerana x pandai ilmu akademik...tetap si Dhuha ni menjalani hidup seperti biasa

Tengokla mcm mana si Dhuha ni walau hanya bawa bekal pisang rebus ke sekolah... dia tak segan untuk berkongsi dengan kawan lain sedangkan orang lain makan nasi berlaukkan ayam goreng tapi sedikit pun tidak menghiraukan orang lain yang berada kat situ yang hanya minum air teh o sahaja.... betapa ada di antara kita yang tidak perasan keadaan sebegitu...betapa kita tidak memahami tentang adab kita sesama manusia. Ye la walau ia berlaku di kalangan kanak-kanak dalam cerita tersebut....ia juga kadangkala berlaku di kalangan kita orang dewasa kan...!!

Cuba kita lihat bagaimana reaksi ustaz tuhh bila budak Dhuha ni nak salam ngan dia nak tak ndak jerr pada mulanya... sebab ingatkan si Dhuha ni budak miskin pembawa masalah... tp si Dhuha nie masih tetap meneruskan usaha untuk mendekati ustaz tuh... Ustaz ni akhirnya berubah sikap ke arah lebih menghormati dan sanggup nerkorban apa saja bila ustaz mendapat tahu yang si Dhuha nilah rupanya yang selalu menjadi makmum rahsianya semasa sembahyang dhuha setiap hari.


Betapa kita boleh lihat, kita skarang ni lebih mementingkan duniawi bila budak yang tak masuk kelas matematik dan tak pandai matematik dipandang enteng oleh orang lain. Tp bila orang tu tak tau sembahyang, amik air sembahyang tak pulak dipandang sebegitu kan.....

Apapun saya bukanlah orang yang sebaik Muhd Dhuha tuh... cuma crita tu akan saya jadikan iktibar yang amat berharga buat diri sendiri..... HIDUP MESTI DITERUSKAN WALAU APA PUN YANG TERJADI

Wallahua'lam