Wednesday, September 9, 2009

Maruku Bijan


Resipi amik dari Myresipi oleh K Fida... tengok HaSue pun dah penah wat maruku nihh...sy punya x la cantik boleh la untuk dibuat makan.... sy wat satu adunan... dapat banyak... cumanya mungkin sebab saya menderhaka pada cikgu..... saya x ikut seratus peratus resipi nih dengan meletakkan serbuk jintan putih instead of jintan putih yang biji tuh..... sebab tuh rasanya agak kurengg skit... atau mungkin sebab saya kurang suka ngan rasa jintan putih tuhh.

Punya la teringin nak try resipi maruku nih sy beli acuan maruku ni.. gambo lupa nak snap (mungkin kemudian)... saya amik yang plastik saja harga RM 14.50. Ada yang kayu harganya RM 35 dan yang steel style pusing2 harga RM38. walau amik yang murah tapi khidmatnya sungguh meyakinkan

Maruku yang bahagian atas tuh saya dah terlebih tambah air... nak cepat anak dah mula menunjukkan tanda2 nak meragam.... yang lapisan tengah tuhh memang bentuknya menjadi.... walau dalam resipi kata adunan diuli sehingga adunan lembut dan tidak melekit.... saya biar dia lembut dan melekit sedikit agar mudah ditekan... pada mulanya saya ikut arahan tuhh.... tapi bila ditekan adunan kluar patah2 dan pendek2....maka mulalah merderhaka sedikit..hi..hi... pohon keizinan My Resipi nak letak resipi kat sini untuk rujukan saya sendiri di kemudian hari ya...

Bahan-bahan ( 500 - 600 grms )

  • 300 g tepung beras (cap gajah)=(3 cwn rata)
  • 300 g tepung pulut = (3 cwn rata)
  • 185 g mentega = (3/4 buku + 1 sb rata)
  • 25 g jintan putih/halus = (4 sb rata ) sy pakai serbuk jintan putih... rasa mmg kurengg la kan jd jangan ikut...
  • 100 g bijan = (10 sb rata)
  • 1 sk serbuk lada putih sy pakai Serbuk Lada Berperisa dari Ajishio
  • 1-2 sk serbuk cili
  • 750 ml air dicampur 1/2 sk garam sy rasa mmg betul dah sukatan nih sebab dari semasa ke semasa (buat dengan anak kecil kan mcm tu la).... adunan akan menjadi keras jadi kena tambah air untuk melembutkan cuma jangan lebih dari sukatan yang diberikan
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
  • acuan maruku yang berbunga bintang

Cara-cara

  1. Di dalam sebuah bekas yang besar,gaul rata tepung2,mentega,jintan,bijan,serbuk lada dan serbuk cili hingga menjadi abuk roti.
  2. Buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan campuran air garam sedikit2 sambil diuli hingga menjadi adunan doh yang lembut dan tak melekit,supaya mudah ditekan apabila menggoreng.(air garam dlm adunan tk pernah habis klau akak buat maruku ni,gunakan setakat doh lembut...dah ok)
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.Bubuh secukup adunan di dalam acuan dan tekan adunan mengikut lingkaran bulat terus ke dalam kuali.Biarkan seketika dan balikkan dan goreng hingga perang.
  4. Atau dgn cara yg lagi satu...tekan adunan lingkaran bulat di atas piring dahulu...
  5. Balikkan di atas tapak tangan dan perlahan2 masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga masak keperangan.
  6. Angkat maruku dan toskan di atas kertas serap minyak dan sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

2 comments:

ijayuji said...

Salam kak kamria!! kita nka buat muruku mcm ni tapi kita tak de cetaknyer ehehe... tggu balik mesia nak beli sekali..

Kamria said...

Ok Ika boleh try bila ada sarang nanti.. bila nak balik M'sia ya...