Thursday, September 10, 2009
Tercapailah Sudah Hasrat di Hati
Salam....
Akhirnya semalam dapat la juga apa yang diidamkan... menu nihh sebenarnya permintaan hubby... tp bila hari sebelum tuh dah terlepas nak buat.....sy jadi semacam mengidam la jg kan... bihun tuh berwarna kuning sebab pakai lebihan bihun yang dicelur untuk bihun sup ala utara pada hari selasa lepas. Masih elok sebab disimpan dengan baik dalam peti sejuk.... x baik membazirkan...
Jemput makan semua.... opss maaf..... puasa... he..he..
##Updated## based on feedjit ada yang search for this resipi....
1 bungkus bihun kering direndam seketika agar lembut.
300gm daging dipotong halus
8 ulas bawang putih ditumbuk halus bersama 1/2 inci halia
2 sudu makan lada hitam ditumbuk halus jadi serbuk
fish ball secukupnya
sayuran secukupnya (sy letak kobis dipotong panjang, carrot dipotong panjang, tomato dipotong kiub)
cuka
4 sudu makan sos tiram (sy pakai Brand Nona)
garam dan gula
serbuk perasa jika suka
cara2:
Panaskan minyak dan masukkan daging biarkan sehingga empuk. Jika belum empuk tambahkan air dan masak kembali,
Masukkan bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk, biarkan sehingga naik wangi,
Perasakan garam dan gula serta masukkan sos tiram dan cuka
Masukkan fish ball.
Masukkan bihun dan masak sehingga masak.
Masukkan sayur-sayuran biarkan seketika.
Siappp...
Remarks:
(Garam, gula, cuka dan sos tiram bolehlah di"adjust" mengikut taste masing2 ok)
(Bihun boleh dicelur terlebih dahulu agar masa memasak lebih singkat tapi akan menghadi risiko patah jika dicelur terlalu lama)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wow, mcm best jer. resepi?? hehe
Post a Comment