Salam bersiaran kembali.... ada yang mengetuk pintu rumah ke mana menghilang ....TQ kakWatie and Naz yang menyedarkan saya yang rumah nih dah sesangat bersawang... Bila check balik entry saya yang terakhir adalah pasal saya dapat interview kat kulim ...masa tu musim rumah terbuka bulan Syawal... dah lama juga tu ... Aidil Adha pun dah lepas... dah masuk tahun baru 2010 pun..... ntah la banyak yang terjadi sepanjang kehilangan saya....he..he...
1. Sempat juga buat open house untuk kenalan dan jiran-jiran di Desa Kundang di penghujung Syawal hari tu... seperti yang diceritakan dalam blog ni yang lepas jiran-jiran terdekat macam nak sangat kami buat open house..maka tercapai juga la hajat mereka kan... kami buat malam maka tak de la menjemput rakan2 opis pun... tu pun kuah bihun sup utara periuk 54cm dan bihun 10 bungkus habis semuanya.... sempat juga buat ketupat pulut dan rendang ayam... rich choc puding....kuih-muih serba sedikit.... seronok sgt... tp penat...maklum la semuanya dibuat dan diuruskan sendiri bersama hubby....
2. Interview kat Kulim tu sy tak pi pun... rasa mcm blum bersedia nak balik utara... call HR company tu n say sori sebab tak dapat hadir. To Ieta n Lyana lain kali la yerr kita gather2....
3. Have applied for several jobs.... tahu-tahula kan....macam mana company tempat saya bekerja sekarang ni mmg la sesangat tidak stabil.... dan yang terbaru pada hari terakhir tahun 2009 semua mold dan jig customer telah diangkut kluar dan dibawa ke company lain.. tinggal la satu produk yang sesangat menguntungkan owner saja kat sini... so pepaham sendiri la kan apa yang bakal terjadi... sekarang memang tengah menghangatkan diri menghantar resume dan juga menyiapkan payung2 terjun keselematan sebagai back-up..... but so far I haven't get any offer n yang terbaru janji nak bagi feedback dalam minggu ni tp until now still no news..... kesabaran mmg sgat2 diperlukan pada saat ini... Pihak pengurusan company pun tak de buat kenyataan apa2 pasal company sama ada nak teruskan business, downsize atau tutup... mahupun hal gaji... semuanya masih membisu dan kami masih..dan masih menunggu....
4. Buat Kek Lapis Alwani (Kukus) ...tengok kat blog fiza nordin... mmg menjadi... siap buat buah tangan untuk mom n MIL masa Aidil Adha hari tu...
5. Start home business kecil-kecilan..... produk dia... ada kat entry yang lepas...produk yang simple dan mudah.... perlukan sedikit kerajinan dan usaha untuk memasarkannya...letak kat beberapa kedai runcit yang berhampiran... alhamdulillah... sampai sekarang masih lagi diusahakan...
6. Majlis pertunangan adik saya Nurul tokey kedaikainonline.blogspot.com dengan Hafiz pada 25 December 2005 lepas... beshh.. balik kg juga la.... semoga jodoh berpanjangan la ya... nak masukkan sikit gambar sekitar pertunangan tuhhh... layan... si kecik nabilah pun sibuk nak berandam juga.....
Resipi yang nak dikongsi bersama hari ni adalah Karipap Rangup...
selalunya klu wat karipap mmg 'fail' buat doh nya... Intinya mmg tak pernah mengecewakan ... seperti biasa inti memang tak de resipi main campak2....ikut citarasa tekak kita la....
Tp kali nih buat doh ikut resipi yang dapat dari ros@damiacyan.multiply.com....mmg tak mengecewakan.... mmg ada jiran kat kedah dulu pernah bgtau yang dia buat karipap untuk jualan pakai air berais...tp sy tak pernah cuba... baru kali nih sy cuba... sgt memuaskan....
resipi seperti berikut... sy CnP saja ya..
Pastry rangup
3 cawan tepung gandum
1/3 ( suku) cawan minyak masak ( dipanaskan)
2 sudu besar marjerin
air sejuk berais ( ni ikut lembut doh)
1 sudu kecil garam
Caranya
1. Curah minyak yang dipanaskan ke dalam tepung dan gaul dengan sudu, bila dah sebati baru masukkan marjerin, gaul tepung sehingga tepung seakan serbuk roti, kemudian masukkan garam dan air sejuk , uli hingga doh tidak melekat pada tangan.
2. Selepas itu masukkan dalam plastic bersih dan ramas lebih kuran 5 hinnga 8 minit, keluarkan dan uli sekejap, akhir sekali masukkan dalam plastic bersih dan perap dalam peti ais lebih kurang 30 minit hingga satu jam, langkah ini penting untuk menghasilkan doh yang rangup dan elok terksturnya. setelah diperap bulehah diterap dan mulakan proses mengelim,
Thursday, January 7, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)