Thursday, May 21, 2009

Musim Sakit

Dah 2 hari aku EL... ari ni baru masuk kerja.... Nabila demam... start dari hari jumaat malam lagi... masa amik kat taska tgk ok jerr.... kali nihh memang teruk demam dia.... Nabila kalau demam ker batuk ker sikit mesti ada penat dan lelah ...hish... kesian... boleh kata rutin la setiap bulan.... baru ja 2 minggu lepas batuk ....

Hari jumaat malam tuhh mmg x leh tido asyik batuk ja x berenti dmm masih tiada.....aku dah tengok dia dah bernafas macam penat sikit, aku bagi la ubat dia yang masih ada kat umah ubat pecah kahak and batuk keadaan dia ok la masih aktif boleh main ....Hari sabtu petang bawak dia p klinik PUSRAWI .... doktor bagi nebulizer bentolin 1/2 ... sejam yang pertama dia ok jerr sampai umah pun ok. Tido malam masih batuk condition semakin worse. Tp doktor ada bagi antibiotik Amoxy ubat kahak and ubat batuk juga ... dmm tiada. Setelah 3 kali makan antibiotik keadaan masih tak berubah batuk masih berterusan... Ahad malam keadaan masih x berubah juga... bawak sekali lagi Nabila ke klinik. doktor bagi lagi Nebulizer Bentolin 1/2 tetapi sama la keadaan macam malam yang sebelum tuhh cuma doktor kali nih cakap

18hb May 2009, 0130
Doktor : Apa masalah?
Hubby : Batuk n penat demam x derr....
Doktor check guna stateskop.....
Doktor : anak awak ni asma ni. Ada keturunan ka?
Aku : X dak. Mak and abah dia datuk n nenek dua2 belah x dak.
Doktor : Bunyi ni bunyi asma nihh...
Aku : Doktor2 lain semua kata anak saya bukan asma cuma jangkitan virus.... tp kerap la dia kena... boleh kata setiap bulan...
Doktor : mmg asma ni...

Aku and hubby terkedu la juga sbb semua doktor yang check anak aku sebelum nih cakap anak aku bukan asma. Selalunya Nabila demam amik antibiotik 2 ke 3 kali dah menunjukkan perubahan la... pas seminggu akan baik completely. Tapi kali ni ....macam x derr perubahan n batuk masih teruk...Aku percaya la...kata doktor tuhh sbb nya condition nabila kali ni teruk, doktor yang check tu plak doktor pakar(aku terbaca keratan akhbar kat paper kat dalam klinik tuh ...ada nama dia ), n nabila kerap sangat jadi penat..(sbb ada yang cakap kalau selalu sgt mmg boleh jadi asma).... Tp hairan juga baru sekali aku jumpa doktor ni dah didiagnose macam tuh plus aku tgk cara dia mcm nak layan x layan ja bercakap macam x ready nak terima patient ja plus plak malam2 buta macam nih kan....

Hari isnin aku n hubby bawak Nabila ke Hospital Sg Buloh sbbnya keadaan NAbila masih tiada perubahan...masa kami sampai ke hospital Nabila dah ada tanda2 demam..... panas kat badan dah mula terasa...puas gak menunggu pukul 2pm baru leh jumpa doktor.... selepas amik darah and X-Ray ... ni la keputusan dia....

Doktor: Anak awak ni kena jangkitan virus... paru2 OK cuma ada sikit tanda2 awal nak asma... kita akan bagi tarikh untuk follow up kat klinik pakar...
Aku : OK
Doktor : Pernah masuk hospital x?
Aku : Pernah . Masa umur 11 bulan ... broncho pnemonia....
Doktor : Lepas kuar hospital tuhh...selalu kena sakit kerr...selalu kena amik gas kerr?
Aku: Slalu tuh slalu la jg.... masa awai2 3 bulan skali n lately sebulan mesti ada skali... Amik gas tuhh baru2 nih ja amiknya ... sebelum nihh makan ubat antibiotik ja dalam seminggu baik la...
Doktor : Anak awak kalau hari2 sihat....klu main2 penat x?
Aku : X .. klu x sihat ja macam ni.
Doktor : Tgh2 malam klu sihat ada batuk2 tak?
Aku : X juga... biasa ja... cuma klu x sihat ja macam ni....
Doktor : Anak sapa jaga?
Aku: Antar nursery.
Doktor: Ooo...
Doktor: X pa kita akan bagi antibiotik baru (Erythromycin)... yang lama discontinue... ubat asma (aku tgk nama dia salbutamol)... ubat batuk and ubat demam. Jgn lupa kita kena follow up kat hospital... kita akan tgk klu dia asma kita akan rawat cara asma... klu x ok la.... X perlu risau sgt..... selalunya klu keturunan x der asma x der masalah...

Lega la juga rasanya ...cuma mana la kita tau kot2 ada keturunan kita yang atas2 mungkin ada asma....

Sepanjang2 anak aku macam nie macam-macam petua orang bagi yang memang la aku cuba amalkan:
1. Jauhkan dari kipas angin
2. Jauhkan dari habuk
3. Jangan mandi sejuk. (Sampai skang aku x pernah bawak nabila mandiair terjun... kolam... laut. )
4. Pantang AIS
5. Bg scott emulsions
6. Sapu vicks la, minyak habbatus sauda la.... (Bagus juga! kurang batuk)
7. Makan madu... (Bagus diamalkan nie... batuk kurang n bunyi macam kahak dipecahkan)

Ada gak smalam bila aku dah kesian sgt tengok Nabila batuk2 x berenti n penat yang tersangat aku perah la susu badan dapat la dalam 15ml aku campurkan sikit dalam susu minum dia... alhamdulillah... batuk bertambah kurang. Aku buat benda yang sama sebelah malam. Baru malam semalam aku tgk nabila boleh tido dengan sedikit tenang.. walau pun ada ketika aku pegang badan dia masih ada panas....

Alhamdulillah adiknya MAHIRAH setakat skang masih boleh bertahan x der demam batuk or selsema. Ada la sikit2 tp x serius sgt. Perbezaan ketara antara dua nie... si MAHIRAH aku bagi susu badan .....sampai skang masih boleh bertahan walau susu aku kategori yang terAMAT sikit... tapi disebabkan nekad aku nak bagi susu badan... susu masih bertahan....
yang sedihnya masa bersalin NABILA aku cuma sempat bg dia dalam 2 minggu ja... disebabkan kurangnya pengalaman dan kurang pengetahuan serta tidak tekad plus lepas bersalin NABILA kesihatan aku tidak sebaik sekarang. Selalu demam dan lemah2 badan. Itu la perbezaan ketara....

So harap kisah ni jadi pengajaran buat semua bakal2 ibu dan bapa... sikit macam mana pun susu (sebab aku mmg masuk dalam kategori yang amat sikit, aku dah compare dengan member2 opis) ... teruskan tekad anda untuk susukan anak anda dengan susu ibu. Petua yang aku amalkan
1. Minum air buah longan kering
2. Makan pil PULIN
3. Makan betik (perasan sendiri. sbb lepas makan betik susu jadi banyak)
4. Pisang (lepas makan pisang susu jd banyak walaupun makan kerepek pisang)
5. Minum air banyak
6. Susukan selalu (Paling PENTING)
7. Perah susu (PENTING juga)

ok la panjang plak entry kali nih... ada la entry sal lenlain aku nak masukkan tunggu ya...

2 comments:

Irma said...

Anak akak yg sulong dulu penah gak kene jangkitan kuman kat paru2. kene tahan kat wad 4 hr. alhamdulillah ok. dah common la penyakit tu nowdays.

Ada byk petua nak byk kan susu badan. tp lain org lain. yg paling penting MESTI ADA KEAZAMAN YG KUAT dan kalau susu sikit JANGAN RISAU. kalau risau.. jd lg sikit.

Kamria said...

thanks k irma..semoga anak k irma sihat-sihat selalu walau penah masuk hospital dulu .... setuju mesti ada keazaman yang kuat ...itu yang paling penting!